Tuesday, August 24, 2010

PECUTAN AKHIR 2010 BM by PERBEZAAN WATAK UTAMA DALAM 2 NOVEL

PERBEZAAN WATAK UTAMA DALAM 2 NOVEL


Novel yang digunakan adalah Putera Gunung Tahan dan Di Hadapan Pulau

P1. Dari aspek usia.Aziz berusia dalam belasan tahunPutera Gunung Tahan dalam lingkungan 30-an.
P2. Darjat keturunan.Aziz merupakan rakyat kebanyakan/ orang biasa.Putera Gunung Tahan merupakan kerabat diraja negeri Pahang.
P3. Tempat kediaman.Aziz tinggal di sebuah kampung berhampiran sebuah pulau.Putera Gunung Tahan tinggal di puncak Gunung Tahan.
P4. Ilmu pengetahuan.Aziz tidak berilmu pengetahuan kerana tidak pernah bersekolah.Putera Gunung Tahan memilik banyak ilmu pengetahuan termasuk ilmu ghaib


PERTENTANGAN PENDAPAT ANTARA WATAK

Novel yang dipilih adalah Putera Gunung Tahan.

Isu (1) : Pertentangan pendapat berkaitan kulit Harimau Putih.Robert mengatakan bahawa kulit harimau putih tidak membawa apa-apa makna kepada Perempuan Tua jika dia sudah meninggal dunia.
Perempuan Tua sebaliknya menegaskan bahawa kulit harimau putih merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahankan daripada jatuh ke tangan pihak lain.

Isu (2) : Pertentangan pendapat berkaitan agama yang dianuti masing-masing.Robert menegaskan agama Kristian membawa pemodenan dan kemajuan kepada banyak orang.Perempuan Tua sebaliknya menegaskan agama Islam mempunyai nilai kesucian yang lebih tinggi berbanding agama kristian.

Isu (3) : Pertentangan pendapat tentang pemilikan puncak Gunung Tahan.William menjelaskan bahawa kerajaan Inggeris sanggup menawarkan sebanyak 5000 pound jika Ratu Bongsu sanggup menyerahkan puncak Gunung Tahan.Ratu Bongsu sebaliknya berpendapat bahawa puncak Gunung Tahan tidak akan diserahkan kepada pihak Inggeris kerana hal tersebut melibatkan maruah dirinya dan kerajaannya.


NILAI BERTANGGUNGJAWAB DALAM NOVEL

Novel yang dipilih adalah Putera Gunung Tahan.

N1. Bertanggungjawab mempertahankan tanah air.
H1. Pahlawan Melayu seperti Dato Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain bertanggungjawab untuk mempertahankan negeri Pahang daripada penjajahan Inggeris.

H2. Ratu Bongsu bertanggungjawab untuk mempertahankan puncak Gunung Tahan daripada tergadai kepada pihak Inggeris.
N2. Bertanggungjawab terhadap keselamatan anak
H1. Perempuan Tua bertanggungjawab terhadap keselamatan anaknya Ratu Bongsu dengan cara menasihatinya agar berhati-hati apabila berhadapan dengan William yang mempunyai muslihat yang amat licik.

N3. Bertanggungjawab mempertahankan harta warisan bangsa.
H1. Perempuan Tua bertanggungjawab mempertahankan kulit harimau putih yang merupakan warisan bangsanya daripada jatuh ke tangan Robert.

N4. Bertanggungjawab melindungi rakyat/ pengikut.
H1. Ratu Bongsu bertanggungjawab untuk melindungi rakyatnya yang terdiri daripada Kusina dan orang Bunyian daripada serangan pihak Inggeris dengan cara mengarahkan mereka supaya segera berlindung untuk menyelematkan diri.

Novel yang dipilih adalah Di Hadapan Pulau.

N1. Bertanggungjawab terhadap kebajikan cucu.
H1. Tuk Marzuki bertanggungjawab terhadap kebajikan cucunya Afidah dengan cara memeliharanya selepas ibu bapanya bercerai.

N2. Bertanggungjawab terhadap rakan.
H1. Aziz bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakannya Afidah dengan cara mencarikan makanan apabila Afidah menangis kerana lapar.

N3. Bertanggungjawab terhadap jiran sekampung.
H1. Penduduk kampung bersama-sama bertanggungjawab terhadap jiran dengan cara membantu membina shelter untuk Mak Ketong.

N4. Bertanggungjawab untuk mencari makanan
H1. Tuk Marzuki bertanggungjawab untuk mencari makanan dengan cara kembali ke Melimau untuk mendapatkan bekalan beras.

N5. Bertanggungjawab untuk menyebarkan syiar Islam.
H1. Syed Fikri bertanggungjawab untuk menyebarkan syiar Islam dengan cara mengajar kanak-kanak seperti Aziz dan rakan-rakannya bersolat dan mengaji.


NILAI KEMASYARAKATAN DALAM NOVEL DI HADAPAN PULAU

N1. BEKERJASAMA
H1. Penduduk bekerjasama membina 'shelter'

N2. TOLONG-MENOLONG
H2. Aziz dan rakan-rakan menolong Syed Fikri bercucuk tanam

N3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP AHLI KELUARGA
H1. Tok Marzuki memelihara Afidah selepas perceraian ayah dan ibunyaH2. Aziz dipeilhara oleh Joyah setelah kematian ayahnya,

N4. TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
H1. Syed Fikri mengajar agama/A!-Quran kepada kanak-kanak dan penduduk di kampung.

N5. BERDIKARI
H1. Tok Marzuki pu!ang ke Merllmau untuk mencari beras bagi keperluan makanan semasa perang.H2. Aziz dan Afldah mengambll upah membeli todi.

N6. SEMANGAT KEJIRANAN
H1. Rosiah dan Wan Rohani dilawati oleh jiran-jiran untuk bertanya khabar setelah mereka dibebaskan oleh tentera Jepun-

N7. HORMAT-MENGHORMATI
H1. Syed Fikri yang berpendidikan agama amat dihormati oleh penduduk kampung dan kanak-kanak.H2. Aziz menghormati Tok Marzuki dan Syed Fikri; selalu mencium tangan apabila bersalam dengan Syed Fikri

N8. PENYAYANG
H1. Tuk Marzuki amat menyayangi cucunya Afidah,H2. Syed Fikri menyayangi kanak-kanak, mengajar /Azlz bercucuk tanam dan selalu mengajak kanak-kanak minum dan mengajar mereka nilai-nilai agama.

LATAR TEMPAT DALAM NOVEL DI HADAPAN PULAU

L1. Latar tempat keseluruhan bagi novel Di Hadapan Pulau ialah SEBUAH PERKAMPUNGAN NELAYAN yang terletak di tepi pantai dan berhadapan dengan sebuah pulau kecil yang dianggap mempunyai pelbagai misteri.
H1. Perkampungan ini mempunyai kemudahan asas yang cukup sederhana iaitu terdapat deretan kedai, kedai kopi di tepi jalan, bengkel, stor dan sekolah.

L2. Dalam novel Di Hadapan Pulau, KEM TENTERA juga merupakan salah satu latar tempat.
H1. Kem ini menjadi tempat tinggal tentera Australia dan terletak di seberang tebing.
H2. Kem ini juga menjadi tempat penduduk kampung dikerah bekerja oleh tentera Jepun di samping menjadi tempat tentera Jepun menahan penduduk kampung.

L3. Dalam novel Di Hadapan Pu!au, SHELTER merupakan satu lagi latar tempat.
H1. Sheller ini juga merupakan tempat penduduk kampung melindungkan diri semasa serangan udara tentera Jepun.
H2. Di sini juga tempat Tuk Marzuki terkorban akibat ledakan bom.

L4. Dalam novel Di Hadapan Pulau KAWASAN KUBUR TUK MARZUKI juga merupakan satu latar tempat.
H1. Kawasan perkuburan ini merupakan tempat Afidah menangis dan meratapi nasibnya yang kehilangan tempat bergantung

L5. Dalam novel Di Hadapan MERLIMAU merupakan tempal asal Tuk Marzuki.
H1. Dia telah pulang ke Merlimau untuk mendapatkan bekalan makanan dan rnencari adiknya Rokiah dan Mustafa.


6. Dalam novel Di Hadapan Pulau, terdapat juga latar tempat PERKAMPUNGAN NELAYAN.
H1. Perkampungan nelayan ini didiami oleh orang Melayu, Jawa, Arab dan Malbari yang bekerja sebagai nelayan, peniaga dan buruh.

7. Dalam novel Di Hadapan Pulau, latar tempat terdiri daripada RUMAH KEDIAMAN PENDUDUK KAMPUNG YANG SEDERHANA
H1. Rumah Tuk Marzuki, Syed Fikri, Makcik Joyah dan rumah Mak Ketong bersifat sederhana

8. Dalam novel Di Hadapan Pulau, latar tempatnya ialah DI TEPI PANTAI.
H1. Di sini Aziz dan Afidah duduk bercakap-cakap mengenangkan nasib dan masa depan mereka. H2. Di sini juga Aziz sering melihat pulau misteri impianinya.

TEKNIK PLOT/PERISTIWA SUSPENS

Teknik plot yang biasa digunakan adalah :

1. Dialog, iaitu pertuturan antara dua watak atau lebih dalam sebuah novel.
2. Pemerian, iaitu pengarang memerihalkan atau menceritakan sesuatu perkara secara terperinci.
3. Imbas kembali, iaitu watak tertentu mengingati semula kejadian yang pernah berlaku suatu masa dahulu.
4. Imbas muka, iaitu gambaran tentang suatu kejadian yang akan berlaku pada masa hadapan.
5. Monolog, iaitu watak berbicara tentang suatu perkara dengan dirinya sendiri.
6. Monolog dalaman, iaitu merupakan kata-kata yang lahir dalam hati seorang watak. 

Teknik plot dalam novel Di Hadapan Pulau.

1. Teknik DialogBukti : Dialog antara Zubir dan Raihan berkisar kepada peperangan yang sudah tercetus di tempat lain dan bakal sampai ke tempat mereka. (Novel DHP : Halaman 14 )

2. Teknik PemerianBukti : Pemerihalan keadaan cuaca pada waktu pagi yang redup dan sejuk walaupun matahari telah naik tinggi. (Novel DHP : Halaman 11 )

3. Teknik Imbas Kembali.Bukti : Aziz yang tiba-tiba teringatkan ayahnya ketika berbual-bual dengan rakannya Afidah.(Novel DHP : Halaman 58 )

4. Teknik Imbas Muka.Bukti : Pada awalnya telah dibayangkan beberapa percubaan untuk mencuri Mokmeng walaupun gagal. Hal ini membayangkan suatu hari nanti Mokmeng akan dicuri juga. Akhirnya Mokmeng dicuri juga oleh Kapten Hebat. (Novel DHP: Halaman 58)
5. TeknikMonolog.Bukti : Afidah selalu bermonolog menyuarakan rintihan dan kesedihan yang dialami ketika menziarahi kubur datuknya Tuk Marzuki. (Novel DHP : Halaman 159)

6. Monolog Dalaman.Bukti : Monolog yang dizahirkan oleh kata hati Tuk Marzuki apabila mengenangkan perbuatantinggaladiknya Mustaffa yang tetap pergi untuk mengembara dan meninggalkan adiknya Rukiah seorang diri di kampung. ( Novel DHP : 85)


PERISTIWA YANG MENIMBULKAN SASPENS

Novel yang dipilih adalah Putera Gunung Tahan.

P1. Peristiwa Robert hilang selepas keluar dari guna untuk mengambil gambar pemandangan.Alasan : Saspens akan nasib Robert sama ada dia tersesat di hutan ataupun dia telah mati dibunuh.

P2. Peristiwa William terjumpa dengan sapu tangan Robert ketika keluar mencari Robert.Alasan : Saya saspens sama ada Robert akan ditemui semula atau sesat di dalam hutan.

P3. Peristiwa Robert mengejar perempuan sakai berlari mengelilingi busut.Alasan : Saya saspens sama ada Robert dapat mengejar perempuan sakai tersebut dan berjaya mengahwininya.

P4. Peristiwa Robert dikenakan minyak cenuai oleh Perempuan tua.Alasan : Saya saspens sama ada Robert akan pulih seperti sedia kala atau terus tergila-gilakan perempuan sakai itu.

P5. Peristiwa kapal terbang Inggeris menyerang puncak Gunung Tahan.Alasan : Saya saspens sama ada Ratu Bongsu, Kusina dan orang Bunyian yang menjadi pengikut Ratu Bongsu akan terbunuh dalam serangan itu.


Novel Di Hadapan Pulau.

P1. Peristiwa Tuk Marzuki berjanji untuk membawa Aziz ke pulau misteri.Alasan : Saspens sama ada Tuk Marzuki benar-benar mengotakan janjinya untuk membawa Aziz ke pulau tersebut.

P2. Peristiwa Tuk Marzuki terperangkap dalam shelter setelah dibom oleh tentera Jepun.Alasan : Sapens sama ada Tuk Marzuki terselamat atau terkorban dalam serangan bom itu

P3. Peristiwa Aziz ternampak Rosiah di kubu lama ketika mencari makanan.Alasan : Saspens jika Aziz akan diapa-apakan termasuk dicederakan kerana telah mengetahui rahsia Rosiah menjual maruah diri.

P4. Peristiwa Budin memukul Rosiah akibat mabukAlasan : Sapens terhadap nasib Rosiah yang dipukul oleh Budin.

P5. Peristiwa Kapten Hebat makan tangan dan kaki monyet bernama Mokmeng.Alasan : Saspens akan penyakit atau musibah yang akan dialami oleh Kapten Hebat selepas makan tangan dan kaki monyet tersebut.

Monday, August 23, 2010

Analisis Prosa Pelayaran Yang Penuh Peristiwa dan latihan

Sinopsis Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa (Tingkatan Empat 2010)


 
Dalam antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah, geliung itu dapat diselamatkan .

 
Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.

 
Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.

 
Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .

 
Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari situ.

 
Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.

 
Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

 
Tema

 
Cerita ini mengemukakan tema kehebatan dan keistimewaan Awang Sulung Merah Muda. Beliau mampu mengharungi pelbagai rintangan sepanjang pelayarannya ke tanah Jawa.

 
Persoalan
  1. Serangan lanun yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
  2. Dugaan semasa pelayaran seperti serangan lanun dan juga tipu helah anak kapal.
  3. Sikap suka berjudi masyarakat zaman dahulu termasuk golongan bangsawan.
  4. Sikap berhati-hati dan menghormati tempat yang dilawati. Nakhoda Tua telah berhati-hati agar tidak melanggar adat sewaktu berlabuh di negeri Terengganu.
  5. Raja bertindak tanpa terlebih dahulu menyelidik sama ada sesuatu berita itu benar atau palsu.
Watak dan Perwatakan

 
Awang Sulung Merah Muda

 
  1. Awang Sulung adalah anak kepada Tuanku Si Helang Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.
  2. Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
  3.  Awang Sulung merendah diri. Baginda tidak menunjuk-nunjuk kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya.Awang Sulung berwajah tampan hingga menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina terpikat padanya.
  4.  Awang Sulung memiliki keris dan pedang sakti.
  5.  Awang Sulung memiliki pelbagai kesaktian seperti
  • Menenangkan air laut yang bergelora
  • Tidak perlu memegang kemudi sewaktu belayar
  • Menukar air masin kepada air manis
6.   Awang Sulung berkahwin dengan Puteri Dayang Seri Jawa.

7.   Awang Sulung pandai berpantun.

8.  Awang Sulung suka bersabung ayam.

 

 

 
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

 
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ialah anak kepada Tuanku Nakhoda Tua.

Tuan Puteri jatuh hati kepada Awang Sulung.

Tuan Puteri terlalu mengikut perasaan dan dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih.

Tuan Puteri adalah seorang yang bijaksana dan bertegas untuk membantah pendapat ayahnya yang terpengaruh dengan tipu daya jurumudi.

 

Si Kembang Cina

 

Si Kembang Cina adalah orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Si Kembang Cina taat kepada perintah Tuan Puteri.
Beliau juga pandai memujuk Awang Sulung.

Si Kembang Cina bersubahat dengan jurumudi untuk menganiayai Awang Sulung.

 

Tuanku Nakhoda Tua

 
Tuanku Nakhoda Tua adalah ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Banginda mudah percaya akan percakapan orang.

Baginda kesal akan kesilapannya memandang rendah kebolehan Awang Sulung.

Baginda menepati janjinya untuk mengahwinkan kepada sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puteri baginda sendiri.

 

Jurumudi

 

Jurumudi pandai menipu dengan mendakwa bahawa beliau yang menyelamatkan geliung daipada amukan Tuan Pueri Dayang Nuramah dan lanun.

Jurumudi bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Beliau berasa iri hati apabila Awang Sulung mendapat perhatian Tuan Puteri Seri Jawa.

Jurumudi adalah seorang pengecut apabila beliau lari sewaktu diserang lanun.

 

 
LATAR
Latar Tempat

 
Di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Di Pulau Tapai

Di Pulau Salah Nama

Di Negeri Pati Talak Terengganu

 

Latar Masyarakat

 
Masyarakat golongan bangsawan.
Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja. Misalnya anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Masyarakat yang taat kepada pemerintah seperti kepada arahan Tuan Puteri.

Masyarakat lanun yang suka merompak.

Masyarakat yang suka berjudi seperti menyambung ayam.

Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam.

 

Nilai Murni

 

Nilai berani. - Awang Sulung berani menentang lanun semasa pelayarannya.

Nilai merendah diri – Awang Sulung sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.

Nilai bijaksana – Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.

 

 

 
LATIHAN SPM

 
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kegiatan lanun dapat dibanteras? (3 markah)

  
2. Jika anda Awang Sulung Merah Muda, apakah tindakan anda ketika menghadapi lanun? (3 markah)

 
3. Pada pendapat anda, wajarkah kegiatan sabung ayam dipertahankan di negara kita? (3 markah)

 
4. Pada pendapat anda, apakah keburukan tabiat berhutang? (3 markah)

 

 

 

 

 

CERPEN HARGA REMAJA - BIARKAN SAMUDERA DAN MELISSA

SINOPSIS


Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Dia seorang anak nelayan yang miskin dan susah. Amirah juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjagA, memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi masalah.

Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa dan pelajarannya. Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang sedang bergelombang dan bergelora yang kuat tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai. Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan tidak boleh dihilangkan dengan mudah ”di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan berlegar-legar dalam benaknya itu.

Amirah mengatakan ”Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera”. Fikiran Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia melihat gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu sehingga air matanya pula seolah-olah akan gugur ke bumi.

Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka cuti dan tiada kuliah. Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya ” sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-galanya tidak bererti”. Kata-kata itu benar-benar menghimpit perasaan Amirah, hatinya berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti. Dimanakah dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju yang akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir menyatakan sekarang ini rumah-rumah penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika nanti. Mereka tidak berhak menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju hanya menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terlibat. Amirah tidak dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi. Apabila muncul pusat pelancongan sudah pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi.

Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak bersemangat berbanding dulu dia seorang
mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan.

Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan teringin sangat hendak berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu bersolat mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat daripada bergelora, yang berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya.

Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina kehidupannya pada masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya kerana perkara seperti itu telah menjadi satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan kejayaam Mir nanti.

Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh dibangunkan tetapi keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira telah pulih kembali. Hakimah amat gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir. Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata kepada Hakimah ”Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari” Amirah kelihatan tenang berada di atas sejadah itu.

MELLISA

Apabila balik ke biliknya, Mellisa berasa sangat menyesal kerana mengikut Farid ke pejabat surat khabar, tempat Syahid bekerja.


Semasa di pejabat akhbar itu tadi hatinya mula diisi perasaan cinta pandang pertama kepada Syahid kerana perwatakannya hampir sama dengan Hisyam. Siapakah Hisyam dalam hidup Mellisa? Suara, bentuk rambut, warna kulit, tubuh, dan ketinggian Syahid amat menyamai Hisyham. Syahid menyapa Mellisa dan seingatnya dia pernah bertemu dengan Mellisa. Mellisa menidakkannya kerana dia cuma mengenali nama Syahid pada artikel dan rencana di akhbar sahaja.

Farid kemudiannya meninggalkan Mellisa di bilik Syahid yang berbentuk kotak itu. Syahid meneruskan perbualan dengan Mellisa. Perbualan tersebut mengembalikan ingatan Mellisa kepada Hisyam. Apabila dipandang ke wajah Syahid Mellisa seolah-olah sedang berbual-bual dengan Hisyam. Mellisa bertambah berkenan kepada Syahid.Syahid mengajaknya keluar makan tengahari pada hari sabtu setelah dia menolak jemputan makan malam kerana rutin mingguannya mesti pulang ke Seremban untuk bertemu dengan ibu bapanya. Setelah selesai urusan di pejabat akhbar itu Mellisa dan Farid berjalan peluang ke tempat tempat penginapan mereka.

Semasa dalam perjalanan itu Farid gundah kerana Mellisa menyepi seribu bahasa dan tidak banyak bercakap.Farid seorang pensyarah di Jabatan Sejarah telah menjadi rakan karib Mellisa sewaktu dia sedang mengambil Master dan kerap kali mereka bertengkar tentang sesuatu isu. Farid kadang-kadang akan mengalah dengan menganggap Melllisa ada fakta dan hujan yang boleh diterima. Mellisa diusik oleh Farid tentang pertemuannya dengan Syahid ”Cinta Pandang Pertama” barangkali, dia hanya tersenyum payah untuk dijawab kerana hatinya secara tiba-tiba suka kepada Syahid.

Setelah berehat di biliknya Mellisa terbaca sepucuk surat dari kawannya, kata-katanya sungguh hebat ”Langkah, rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan”. Tambahnya lagi cinta orang islam ”Cinta pada Allah dan cinta Rasul-Nya barulah cinta bangsa dan tanahair”. Pesanan itu terlekat dalam hati Mellisa. Dia telah beberapa kali gagal dalam percintaan begitu juga yang bakal dialami oleh Syahid. Cinta sebenarnya hanya kepada Hisyam seorang sahaja, walaupun cinta itu berputik dan mekar semasa mereka masih kanak-kanak lagi.

Fikiran Mellisa menerawang mengingati kembali sewaktu dia kecil dahulu, Hisyam pernah berkata kepadanya ”Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau”.Mereka berdua pernah main masak-masak, Mellisa akan memasak dan dimakan oleh Hisyam. Apa sahaja yang dihidangkan Mellisa semuanya sedap bagi Hisyam. Apabila petang menjelma Hisyam akan pulang ke rumah setinggan yang terletak di belakang rumah Mellisa, dia menunggu sehingga Hisyam masuk ke rumahnya. Seketika kemudian Hisyam muncul kembali dengan berpakain baju melayu untuk ke masjid. Selepas itu barulah Mellisa masuk ke rumahnya. Dia sangat suka kepada Hisham.

Melllisa sedar Hisyam sudah tiada lagi, kerana terbunuh bersama-sama ibunya dalam satu rusuhan kaum yang terburuk di negara kita iaitu Peristiwa 13 mei 1969. Umur Hisyam hampir 30 tahun sekiranya dia masih hidup. Peristiwa hitam itu berlaku di Jalan Petaling sewaktu dia dan ibunya pulang daripada meziarahi keluarga yang tinggal di hadapan Stadium Negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan tentera.Selepas peristiwa itu MAGERAN telah mengambil alih pemerintahan negara. Perintah berkurung dikuatkuasakan supaya tidak berlaku pembunuhan antara orang Cina dengan Orang Melayu.

Dua minggu sebelum terkorban Hisyam telah menumbuk seorang budak Inggeris berumur 7 tahun iaitu kawan Mellisa sewaktu bapanya menjadi diolomat di London. Kini kawan ayahnya dulu itu datang ke Malaysia sebagai diplomat dan tinggal berdekatan rumahnya tetapi Hisyam tidak mengetahuinya. Mallisa sangat banggadengan kelelakian Hisyam itu dan dia berjanji akan mengahwini Mellisa apabila bekerja nanti. Hisyam pasti ibunya sangat berkenan kepada Mellisa dan akan mengajarnya tentang agama Islam.

Mellisa tiba-tiba tersenyum seorang diri di biliknya kerana terhibur dengan perwatakan Hisyam yang dicintainya. Namum kegembiraannya terhenti bila terkenang Hisyam tidak akan kembali lagi setelah terkorban dalam peristiwa yang tragis itu. Hampir 15 tahun persoalan itu menghantui Mellisa, dia telah mengkaji punca-punca berlakunya peristiwa 13 Mei itu. Dalam tesisnya setebal 215 Mellisa mengumpulkan pelbagai dokumen dan menemubual seorang mangsa iaitu wanita cina yang berumur 40 tahun. Dalam peristiwa tersebut tunangnya telah terbunuh kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu. Semasa menghantar Jamilah rakan sepejabatnya yang tinggal di kampung baru, tiba sahaja dimuka rumah setinggannya tunang perempuan cina itu diheret oleh sekumpulan pemuda Melayu dari dalam kereta itu. Lalu tunangnya dibunuh dan dia pun hampir dibunuh sama, jamilah telah berteriak memohon agar pemuda itu tidak melakukan sesuatu kepada rakannya itu. Walaupun tidak dibunuh kesan torehan di mukanya masih menjadi tanda kesengsaraan mereka pada masa itu. Kalau dia dan tunangnya tidak menghantar Jamilah pulang sudah pasti tidak berlau kejadian itu. Namun wanita cina itu berdendam kepada Jamilah sebaliknya dia pasrah dengan ketrntusn itu. Begitu jugalah nasib Hisyam dan ibunya tak mungkin dibunuh oleh orang cina di kampungnya kerana Hisyam sudah dikenali semua orang, setiap pagi dia bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih koci. Setelah perintah berkurung ditarik balik barulah penduduk kampung baru terasa kehilangan Hisyam yang setiap pagi datang menjaja ke rumah-rumah mereka.

Setelah sekian lama membuat penyelidikan dan kajian maka Mellisa membuat rumusan kejadian peristiwa 13 Mei 1969 berpunca daripada Dasar Polarisasi Kaum yang diamalkan oleh Penjajah British. Orang putihlah mengasingkan kumpulan etnik di Malaysia mengikut ras seperti orang Melayu di kampung, Orang cina di bandar dan orang India di estet-estet. Mellisa pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bersekolah di sekolah Melayu tetapi bapanya tidak berani melanggar tradisi tersebut yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Mellisa mengelarkan orang British sebagai ”setan putih”. Mallisa teringat kembali kepada Hisyam yang marah kepadanya apabila dia ke rumahnya setelah Hisyam menghilangkan diri setelah menumbuk anak Inggeris itu. Mellisa menangis kerana terlalu sedih dengan tindakan Hisyam yang memarahinya itu.

Hujan turun dengan lebatnya telah mengejutkan Mellisa yang masih terkenang peristiwa masa kecilnya itu bersama-sama Hisyam. Dia bangun untuk menutup tingkap biliknya itu yang dimasuki tempias hujan. Dulu setiap kali selepas hujan Mellisa akan berada di tepi tingkap untuk melihat keindahan alam sekitar selepas hujan yang cantik.

Mellisa kumudiannya menerima panggilan melalui telefon oleh Syahid yang ingin berbual-bual dengannya. Mereka bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dalam perbualan tersebut. Syahid benar-benar rindukan Mellisa dan ingin bertemu lebih awal dari hari yang dijanjikan. Sebaliknya Mellisa tidak mahu melayan permintaan Syahid dan beranggapan cintanya itu tidak akan kekal lama kerana di dalam hatinya hanya Hisyam. Ganggang telefon diletakkan oleh Mellisa manakala Syahid terus mengharap.

Apabila masuk ke bilik angan-angan Mellisa kembali semula kepada Hisyam. Dia teringat suatu ketika dahulu Hisyam pernah membawanya ke bendang untuk pergi ke pondok nenekya menunggu padi yang sedang masak daripada dimakan oleh burung. Mereka berdua berlari-lari keriangan ke sana ke mari. Hisyam membantunya melompat gelung besar untuk mendapatkan Atan yang sedang dikhianati oleh 3 orang budak nakal. Atan anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama datuknya. Menurut Mellisa Atan seorang dudak yang baik hati dan suka membantu Hisyam. Atan telah lama menghilangkan diri entah ke mana setelah datuknya meninggal dunia.

Mellisa juga teringat selepas kematian Hisyam hanya sekali sahaja dia turun ke kampung Hisyam terutama di kawasan bendang nenek Hisyam. Dia pergi ke pondok itu dan memeluk nenek dengan kuat sekali. Nenek menjemput Mellisa makan sama hidangan itu semasa Hisyam masih ada. Suasana menjadi sayu air matanya gugur membasahi pipinya kerana rindukan Hisyam.

Setelah hari yang dijanjikan dengan Syahid itu tiba Mellisa mereka mengotakan janji tersebut. Nampaknya hubungan mereka amat akrab sekali seperti sepasang merpati terbang di langit lepas. Kemudian Syahid merasakan seolah-olah dia dipermain-mainkan oleh Mellisa yang pergi meninggalkannya kerana mendapat panggilan untuk bertugas. Mellisa bertekad untuk mengabdikan dirinya kepada bangsa dan negara sejak dia mengetahui punca berlakunya tragedi 13 mei 1969. rakan-rakannya menganggap tindakan Mellisa memilih kerjaya sebagai tentera sebagai bodoh kerana dia mempunyai paras rupa yang cantik, sederhana tinggi dan potongan badan yang ingin dimiliki oleh ramai perempuan lain. Tetapi kalau bukan dia yang berkihdmat kepada negara ini siapa lagi.

Syahid tidak tahu cita-cita Mellisa, dia cinta kepada Syahid tetapi biarlah 5 atau 6 tahun lagi untuk dia bertemu semula dan kalau ada jodoh mereka akan berkahwin. Bagi Mellisa lelaki sekacak Syahid cukup mudah didampingin oleh ramai wanita, jadi tak payahlah dia menunggu Mellisa. Hal ini kerana sebelum meninggal dunia Mellisa ingin melaihat negara dan rakyat negara ini dapat hidup dalam kedamaian, bersatu padu dan selamat sebagai satu bangsa merdeka serta berjaya. Mellisa berharap peristiwa 13 mei tidak berulang lagi sambil memeluk dengan erat kekasih sejatinya M16.




-TAMAT-

Sunday, August 22, 2010

ANALISIS NOVEL RENYAH - OLEH GUNAWAN MAHMUD

SINOPSIS (Mengikut Bab)


BAB 1

Datuk Dolhi bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datik Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Amira satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan wanita berketurunan arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi dirahsiakan daripada keluarganya.

BAB 2

Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemuning. Prinsip hidup Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya bekerja keras akan membuatkannya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk. Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan Albert. Sementara itu Datin Tominah berborak melalui telefon dengan rakan-rakanya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging Datuk Dolhi dan Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.

BAB 3

Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu, temujanji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk Dolhi imbas kembali tanggapan peserta seminar tentang modal dan perniagaan. Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu di ruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengahari Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan pembacaannya.

BAB 4

Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anak tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa dua jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun begitu Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.


BAB 5

Dani dan Ilham berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani.Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaanya sendiri iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani. Dani tidak mahu campurtangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.

BAB 6
Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan pencen dan isterinya yang suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika adik-beradiknya tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas mengatakan bidang perniagaan akan memperoleh pendapatan yang tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol macam jutawan tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi. Namun sepantas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham tetapi hanya diam.

BAB 7

Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi. Dia teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi mengharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah di India.

BAB 8

Kepulangan Datuk Dolhi disambut dengan senyuman oleh Amera. Amera memberitahu dia telah dipilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Dia juga ingin Amera bekerja di syarikatnya. Amera tidak berminat untuk menjadi jutawan dan hanya ingin hidup sederhana sahaja. Dia juga menolak Robert. Datuk Dolhi menganggap dirinya gagal kerana tidak berjaya melahirkan ahli perniagaan dan usahawan dalam kalangan ahli keluarga. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful Bahari (yang membawa kereta) ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Kalau bapa mereka tidak bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta Mercedes itu. Datuk Dolhi dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam yang berjaya. Mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk menegakkan kuasa ekonomi. Jika hidup tidak tentu hala bermakna Islam hanya tinggal nama. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya. Mereka bercerita tentang isteri ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengan-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya.

BAB 9

Amera mendapat penggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.


BAB 10

Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelifon dari Kucing memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap dengan Wahi.


BAB 11

Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran datuk Dolhi menerawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah janda Tok Guru ada tiga orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga anak-anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya. Hasnol memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan bekerja di syarikat ayahnya tetapi tidak disetujui oleh Linda.


BAB 12
Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam itu. YB mempunyai seorang anak berusia dua tahu manakala isterinya sudah meninggal. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Young Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rock tidak perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.


BAB 13
Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahid dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara untuk memberitahu Wahi. Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina Datul Dolhi memberiyahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapak bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindakbalas daripada ibu tirinya nanti.


BAB 14

Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi sekiranya tilanydak meluluskan tendernya. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya hasnol membantunya. Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivia barat yang mempengaruhi orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham terus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datuk Tominah terkejut.


BAB 15

Albert berbincang-bincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang hubungannya dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak Datuk Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang mengambilalih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelifon Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.


BAB 16

Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambilalih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura (ibu Wahi). Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.

BAB 17

Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.


BAB 18

Kehadiran rombongan daripada timbalan menteri menggembirakan Datuk Dolhi. Perkahwinan Amera dan timbalan menteri berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan lamanya dan pernah tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.

BAB 19

Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir menelifon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti, Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabatpun ditutup. Amera menelifon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelifon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak dengan Ilham di London.


BAB 20

Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dis diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Bank menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.


BAB 21

Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.

BAB 22

Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi. Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.


BAB 23


Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi rengang.


BAB 24

Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia berharap agar segala kesilapan akan memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup.

KONSEP DAN ISTILAH KOMSAS

A. Konsep penting yang perlu diketahui dalam komponen sastera:

1. Personafikasi:
Personafikasi bermaksud “memberI unsur manusia atau benda hidup kepada bukan benda hidup”.
Contoh:

i. Angin sepoi bahasa di pinggiran pantai itu menampar pipiku. (menampar ialah perbuatan manusia)
ii. Dedaun kelapa di pantai melambaiku riang. (melambai/ riang ialah perbuatan/sifat manusia)
iii. Dingin malam menggigit tulangku. (menggigit ialah perbuatan manusia)

2. Metafora:

Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya”.
Contoh:

i. Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.
ii. Suaranya lantang guruh sambut menyambut.
iii. Merah darah mengalir di tubuhku.

3. Simile:

Simile bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan sebagainya”.

Contoh:

i. Hatinya hampa bagai kaca jatuh ke batu.
ii. Suaranya merdu seperti buluh perindu.
iii. Dia diam bak tahu apa yang tersirat di fikiranku.
iv. Wajahnya sehebat peribadinya.

4. inversi:

Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.

Contoh:

i. Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya “petang semalam”)
ii. Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya “cuaca panas”)
iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya “secawan kopi”)

5. Singkop:

Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.
Contoh:

i. “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff perlahan.
ii. “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan Kamariah.
iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri ringkas.

6. hybrid:

Hibrid bermaksud “penggabungan beberapa perkataan menjadi satu perkataan sahaja”.

Contoh:

i. Hatinya bisupilu mendengar penjelasan itu.
ii. Dia tidak akan ikut rentaktari pengikutnya yang marah itu.
iii. Begitulah adattari kehidupan sebagai seorang nelayan.

7. Anafora:

Anafora bermaksud “pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat”.

Contoh:

i. Dia masih berdiri di situ. Dia mengingati saat manisnya di kota Paris.
ii. Masihkah lagi kau mengingatiku. Masihkah lagi detik itu kau ingati.
iii. Belum tiba masanya dia bersuara. Belum tiba masanya dia mengakui hakikat itu.

8. Epifora:

Epifora bermaksud “pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.

Contoh:

i. Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama.
ii. Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akan menangis.
iii. Abang membesar dengan lampu minyak tanah. Aku Berjaya juga dengan lampu minyak tanah.

9. Diksi:

Diksi bermaksud “pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis”.

i. Contoh: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera)
Dia menggalas rifel dan melakukan serangan hendap di garisan hadapan platun itu.

ii. Contoh: (Katakan cerita tentang keagamaan)
Malam itu dia mendengar usrah daripada ustazah. Bibit-bibit nur menjelma di jiwanya.

iii. Contoh: (Katakan cerita tentang cinta/ kasih sayang)
Hatinya terlalu rindu. Belaian kemesraan itu sering kudambakan.

10. Asonansi:

Asonansi selalunya digunakan bagi mengulas sesuatu hasil puisi (sajak/ pantun/syair dan sebagainya). Asonansi bermaksud “pengulangan vokal dalam sesuatu baris ayat”.

Contoh:

i. Adakah ayah amat marah akan kakak lagi.
Pengulangan vokal ‘a” sebanyak 13 kali.

ii. Di sini kita masih tercari-cari erti harga diri sendiri.
Pengulangan vokal “i” sebanyak 12 kali.

iii. Untung juga usahaku rupanya.
Pengulangan vokal “u” sebanyak 6 kali.

11. Aliterasi:

Aliterasi bermaksud "pengulangan konsonan dalam sesuatu ayat".

Contoh:

i. Gadis gigih itu menggigil gementar.
Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali.

ii. kakak masih kaku ketika kita kembali.
Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali

12. Bombastik/ hiperbola:

Bombastik atau hiperbola ialah "perbandingan atau pemilihan kata yang berlebih-lebihan"

Contoh:

i. Suaranya bom atom meledak bumi.
ii. Badannya ringan seringan atom yang beterbangan di udara.

13. Alusi:

Alusi bermaksud "penggunaan watak atau watak sejarah dalam puisi".

Contoh: (sajak)

Pemudaku hari ini
gigihlah berjuang demi tanah air
bawalah pesan Hang Tuah Melayu tak kan hilang di dunia
sambutlah hasrat sang Maharajalela

14. Rima akhir:

Rima akhir bermaksud “bunyi perkataan yang ditandakan dengan ‘huruf akhir’ pada sesuatu ayat”. Hanya digunakan untuk mengulas bahan puisi sahaja seperti sajak/ pantun/ syair dan sebagainya.

i. Contoh: (pantun)

Dua tiga kucing berlari. (ditandai dengan “a”)
Manakan sama si kucing belang.(ditandai dengan huruf “b”)
Dua tiga boleh kucari.(ditandai dengan “a” kerana huruf akhir sama dengan baris 1)
Manakan sama ibu seorang. (ditandai dengan “b” kerana huruf akhir sama dengan baris 2)

Oleh itu, rima akhir pantun di atas ialah “abab”.
ii. Contoh: (sajak)
Matanya pejam bisu (a)
hati membarah sudah (b)
tetkala pekat malam menjelma (c)
dia hanya mampu (a)
menggalas suka duka kehidupan (d)
ranjau tajam di rantauan (d)
Oleh itu, rima akhir sajak di atas ialah “abcadd”.


12. Perlambangan/ imejan:

Imejan bermaksud “penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud berlainan”.

Contoh:

i. Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)
ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)
iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)

13. Watak dan perwatakan:

Watak ialah “pelaku dalam sesebuah cerita dan berfungsi untuk menyampaikan idea penulis”.

i. Watak utama : watak penting yang menghidupkan sesuatu cerita. ( watak penting 1 sahaja)
ii. Watak sampingan : watak pembantu kepada watak utama. (banyak watak sampingan)
iii. Watak bulat/ bundar : Watak yang dinamis dan boleh berubah sifat/ sikapnya.
iv. Watak pipih : watak yang statik dan tidak berlaku perubahan. Contoh: Jika jahat terus jahat hingga akhir)
v. Watak antagonis : watak penyambut yang biasanya negatif. (Datin Salmah dalam Konserto Terakhir)
vi. Watak protagonis : watak pemula yang biasanya bersifat positif. (Hilmi dalam Konserto Terakhir)
vii. Watak kodi : watak nenek kebayan (Contoh: cerpen Peminangan Puteri Gunung Ledang)

14. Plot:

Plot ialah “jalinan peristiwa atau rentetan cerita yang berasaskan sebab dan akibat”.

Terbahagi dua:

i. Perkembangan plot (terbahagi 5)
Perkembangan cerita bermaksud “jalinan/ jalan cerita dari awal hingga akhir”.

a. Pengenalan
b. Perkembangan
c. Pertentangan / konflik
d. Puncak cerita / klimaks
e. Peleraian

ii. Teknik plot (terbahagi 6)

Teknik plot bermaksud “cara sesuatu cerita / teknik sesuatu cerita itu disampaikan”.

i. Pemerian/ penceritaan : biasanya pengarang bertindak sebagai pencerita.

Contoh:

Hilmi datang dari kampung di Kedah. Dia hanya lulus darjah empat sekolah. Dia ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan……..

ii. Dialog : Penceritaan melalui perbualan 2 orang watak atau lebih dengan secara jelas.
Contoh:

“Bila kau datang, Hilmi?” Datuk Johari bertanya. “Petang tadi. Ibu kirim salam”, balas Hilmi.

iii. Monolog : penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri.
Contoh:

“Oh, aku harap kau akan subur terus, cantik dan wangi!”, kata Hilmi pada bunga di hadapannya.

iv. Monolog dalaman : Watak berkata di dalam hati atau dalam fikirannya serta tidak terkeluar kata-kata.

Contoh:
“Cis, sial sungguh budak Hilmi ini!” getus hati Datin Salmah.

v. Imbas kembali/ flashback: Pengulangan semula cerita lama.

Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang mengingati kisah lama. (Saban hari menorah getah. Hasil getah dijualnya kepada Taukeh Lim. Duit itulah digunakan menyara ibunya yang sudah tua. Ibunya sakit tenat………)

vi. Imbas muka : Menceritakan peristiwa yang belum berlaku.

Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang memikirkan nasib dirinya. Alangkah baiknya jika dia juga anak orang kaya. (Setiap hari dia akan berkereta mewah. Memandu laju sambil di kelilingi gadis kota. Setiap malam dia akan mengunjungi nite club. Kalau tidak di Kuala Lumpur pasti dia akan ke …….)


15.Latar:

Latar terbahagi kepada 3:
i. Latar tempat

Latar tempat bermaksud “tempat sesuatu cerita itu berlaku”. Contohnya, di Kuala Lumpur, di sekolah Henry Gurney, di rumah pak Mat, di kebun sayur Ah Ming dan sebagainya.

ii. Latar masa

Latar masa bermaksud “waktu atau masa sesuatu peristiwa itu berlaku”. Contohnya pada zaman dahulu, pada tahun 2003, pada minggu lepas, pada bulan Januari, pada waktu malam, pada siang hari, pada pukul 4.00 petang dan sebagainya.

iii. Latar budaya/ masyarakat

Latar budaya atau masyarakat bermaksud “keadaan masyarakat atau budaya di mana peristiwa itu berlaku”. Contohnya, masyarakat Malaysia, masyarakat moden, masyarakat petani, masyarakat seniman, masyarakat Cina, masyarakat yang suka membantu, masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan tahyul, masyarakat pelajar dan sebagainya.

Monday, August 16, 2010


LATIHAN PEMAHAMAN CERPEN SPM 2010 SAHAJA
by Rusli Lasim on pada 15hb Ogos 2010 pukul 7.30 ptg
Latihan Pemahaman Cerpen 1:

Buchanan memejamkan matanya. Ada perasaan sedih yang mengelus-elus jiwanya. Hampa. Anak-anak kandungnya jauh. Terlalu jauh daripadanya. Lima orang anaknya itu mempercapak usaha gigihnya di kebun itu."Ayah sibuk dengan epal-epal ni juga. Sedarlah ayah dah tua. Mengapa ayah masih mempertahankan kebun ini? Mengapa ayah masih degil?"Buchanan menahan pedih. Hatinya berketai-ketai kini. Hancur remuk. Bagaikan kaca terhempas ke batu lalu berderai kecil."Kalian tidak sedar bahawa epel-epal ini sangat bererti. Kebun ini pusaka. Nostalgia. Nenek moyang kalianlah yang mempertahankan epal golden grimes suatu ketika dahulu. Kalau tidak kerana usaha mereka itu kalian tidak akan dapat mengecapi keenakan gravenstein, maiden blish, balwin, ribston atau red astrakhan." Buchanan menjerkah anak-anaknya. Kecewa menjalar laju dalam urat-urat di tubuhnya."Lagipun mendiang ibu kalian sangat menyayangi kebun ini."Lamunan Buchanan mati andar. Matanya kembali menangkap Mazlina. Gadis itu sedang membelek-belek buah epal di dalam bakul. Sopan gerak-gerinya. Salah seorang daripada cucunya sebaya dengan Mazlina. Namun perbezaan mereka melangit. Cucunya tidak pernah menunjukkan minat pada kebun epal ini, berbanding dengan Mazlina yang sentiasa mengambil berat keperluan cahaya setiap pokok epal. Dia sentiasa menjaga pohon-pohon di kebun ini supaya tidak dijangkiti kuman. Dia sering gusar pada serangan serangga. Ah, betapa jauhnya sifat mereka
(Petikan cerpen : Kerana Manisnya Epal)

Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Mengapakah Buchanan berasa sedih? (2 markah)

2. Mengapakah Buchanan masih mengambil berat kebun epal itu meskipun usianya sudah tua? (3 markah)
3. Jika anda anak Buchanan, adakah anda akan memelihara dan memajukan kebun epal itu? Beri alasan anda. (3 markah)
4. Apakah maksud gaya bahasa personafikasi? Beri satu contoh ayat yang menunjukkan gaya bahasa personafikasi dalam petikan di atas. (2 markah)
5. Nyatakan 2 nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan 2 nilai lain dalam cerpen tersebut. (4 markah)___________________________________________________________________

Latihan Pemahaman Cerpen 2:
Murni mendapatkan suaminya yang sudah di dalam bilik."Orang rajin! Tapi sayang rajin tak bertempat,' sindirnya. Murni merenung suaminya dengan amat kesal. Sakit telinganya mendengar sindiran yang sejuring itu. Tetapi dia tidak menyerang balas. Suami yang panas baran tidak harus dilayan bertengkar. Nanti buruk padahnya.Waktu makan tengah hari itu masing-masing menyuap. Tidak ada tanya itu ini dari Jemah. Begitu juga Murni dan Jamal. Kesan-kesan marah masih nyata di muka Jamal. Puas juga dia memaniskan muka. Tapi tak Berjaya. Jemah masih berfikir, "Rumput dibeli dan ditanam?". Soalan bertalu-talu di kepala. Aneh, sungguh aneh. Di kampung tidak begitu. Rumput tidak dibagi hidup di tanah aku. Ubi keladi yang mesti hidup, dia berfikir sendiri. Murni cuba juga bergurau kecil dan jenaka sedikit untuk memulihkan suasana kaku itu. Tapi tidak Berjaya. Sudahnya dia menyumpah dalam hati.Setelah makan tengah hari itu mereka berdua ke pejabat lagi. Di muka pintu Murni berpesan kepada ibunya."Mak jangan buat apa-apa. Rehat-rehat saja. Nanti petang Murni bawak mak makan angin," pesannya bersungguh-sungguh.
(Petikan cerpen : Budi Yang Tak Terbeli)
Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa "rajin tak bertempat"? ( 2 markah )
2. Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi oleh Jemah semasa tinggal bersama-sama Murni dan Jamal di kota? ( 3 markah )
3. Bagaimanakah keadaan di rumah Jamal ketika makan tengah hari itu sedang berlangsung? (3 markah)
4. Sekiranya anda Murni, apakah perkara yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan hati ibu anda yang tinggal bersama anda di kota? (3 markah)
5. Huraikah 2 perwatakan Murni dalam petikan di atas dan 2 perwatakan Murni yang lain dalam cerpen tersebut.
__________________________________________________________________

Latihan Pemahaman Cerpen 3:
Akhirnya kuperoleh juga kesempatan yang telah kuintai hampir sekian lama untuk meluahkannya. Meluahkan segalanya kepada abah. Rupanya aku masih gagah untuk mencapai kesempatan ini buat mencungkil resah kalut abah selama ini, lebih-lebih lagi tentang mama. Sesungguhnya sejak dulu lagi lubuk hatiku terbeban dengan saratnya timbunan persoalan tentang mama-abah. Malah kurang lebih lewat sepuluh tahun lalu aku mula mencipta, mencanai, mentafsir tentang mereka. Apalagi dengan keresahan dan nanarnya aku memastikan jawapan terbaik untuk kawan-kawan sekolah yang kerap menujah aku dengan deretan soalan yang menyentuh, menggigit dan menghiris, malah harus saja menyeksa perasaan anak gadis seperti aku yang tidak mengerti apa-apa ketika itu. Apa yang abah cuba cipta sebagai penyelesaian ialah:"Memang itu kenyataannya. Zel perlu berterus-terang kepada kawan-kawan zel yang antara mama dan abah memang dah tiada jodoh. Zel tidak perlu berdalih, mencipta sesuatu lain yang tidak benar. Abah tidak pernah mengajar Zel untuk berbohong."Ah, abah tidak pernah hendak mengetahui, apa lagi memahami tentang itu semua sejak sepuluh tahun lalu hingga detik ini! Mudahnya abah menuturkan itu semua. Tetapi bagaimana Zel harus terima renungan maha pelik daripada kawan-kawan yang turut tidak pernah mahu mengerti.
(Petikan cerpen : Virus Zel Untuk Abah)

Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Berdasarkan petikan di atas, apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zel? (3 markah)
2. Pada pendapat anda, bagaimanakah Zel dapat mengatasi masalah keresahan jiwa yang sedang melanda hidupnya? (3 markah)
3. Apakah yang dimaksudkan dengan gaya bahasa metafora? Beri satu contoh gaya bahasa metafora yang terdapat dalam petikan di atas. (2 markah)
4. Huraikan 2 perwatakan Zel dalam petikan di atas dan 2 perwatakan Zel yang lain dalam cerpen tersebut. (4 markah)
__________________________________________________________________

Latihan Pemahaman Cerpen 4:

Beberapa bulan berselang, kes kemalangan Iswan diputuskan oleh mahkamah. Kes itu dikatakan sebagai langgar dan lari. Pelakunya seorang belia berumur 16 tahun. Puncanya dia mabuk setelah minum-minum di rumah temannya semasa merayakan hari ulang tahun. Kerana dia masih di bawah umur, hukumannya dia tidak dipenjarakan, Cuma tidak dibenarkan memandu kereta selama lima tahun. Dia juga diarahkan selalu menemui kaunselor psikologi bagi menguji sikap dan tindakannya. Dia tidak dibenarkan meminum minuman keras.Hukuman disambut dengan tenang oleh Pak Ismawan. Padanya hukuman itu rasional. Anak bawah umur memand tidak dapat memikirkan akibat perbuatannya. Dia Cuma menyesali sikap ibu bapanya."Saya George Bulang, teman baik Iswan. Kami sepersekolahan, malahan dialah satu-satunya teman yang terdekat dan mesra dengan saya. Tapi saya telah berdosa kepadanya. Saya telah membunuhnya!""Kalau begitu anda yang menabrak Iswan?" suara Pak Ismawan kedengaran meninggi."Saya tidak sengaja, Pak. Kami berlima di dalam kereta itu. Kami bergelak ketawa sesudah makan minum di rumah teman yang menyambut hari jadinya. Ketika melintasi Iswan dengan rakannya, kereta yang saya pandu terbabas. Saya tidak dapat mengawalnya dan saya menabrak Iswan, sahabat baik saya itu. Pada mulanya saya tidak memikirkan yang saya tabrak itu ialah sahabat karib saya, Iswan. Saya memecut kereta tambah laju. Saya jadi takut. Saya bersembunyi di rumah rakan saya di Penampang. Esoknya barulah saya tahu bahawa saya telah membunuh teman baik saya. Maafkan saya, Pak!"
(Petikan cerpen : Tragedi)

Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Nyatakan hukuman yang telah dikenakan oleh mahkamah terhadap pemuda yang telah melanggar Iswan. (3 markah)
2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sepatutnya diambil bagi memastikan remaja yang masih di bawah umur supaya tidak memandu kereta atau menunggang motosikal? (3 markah)
3. Huraikan 2 nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan 2 nilai lain dalam cerpen tersebut. (4 markah)
4. Sekiranya anda Pak Ismawan, sanggupkan anda menerima kemaafan yang diberi oleh George Bulang? Beri alas an terhadap pendapat anda itu. (3 markah)
__________________________________________________________________

Latihan Pemahaman Cerpen 5:
Apabila kaki dan tangan aku cacat, aku masih terbayang keadaan darah yang melumuri keseluruhannya. Tulang kaki patah. Aku dijumpai jatuh pengsan di dalam gaung yang curam. Ekspedisi di hutan itu sukar kulupakan. Dalam tahun itu aku akan menduduki SPM.Aku bukan lagi Muliati dulu – gadis kecil molek yang lincah. Olahragawati sekolah. Aku bukan lagi pelajar yang ringan tulang membantu cikgu. Sejak kejadian itu, aku jadi pendiam. Menyisihkan diri. Aku malu. Diriku tidak lepas daripada dilambung-lambung ketentuan hidup ini.Sebagai manusia yang bernaluri, jiwa mana yang tidak mudah tersentuh digugah sedih pedih yang berbaur melebarkan kesayuan, saat berselisih dengan kegetiran ujian-Mu, Tuhan. Aku hampir ketandusan iman dan pertimbangan. Syukurlah, sekali lagi cikgu datang memenjarakan keyakinanku.Cikgu berpesan, "Muliati kecundang dalam percubaan pertama...tapi Muliati jangan mudah menyerah kalah. Muliati bangunlah kembali di atas tapak itu. Bina tinta-tinta harapan yang baru. Dengan berkat ketabahan dan usaha, pasti Muliati akan berjaya juga. Teruskanlah perjuangan."Begitulah dorongan cikgu. Setiap butir peluh yang cikgu titiskan menjadi mutiara yang menerangi hidupku. Tapi, di sebalik perjuangan itu, banyak onak dan duri yang menanti di hadapan. Kadang-kadang bisanya melemahkan semangatku.
(Petikan cerpen : Menatap Wajahnya)
Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Siapakah Muliati? ( 3 markah )
2. Beri maksud frasa "dilambung-lambung ketentuan hidup" dalam petikan di atas. ( 2 markah )
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk membantu rakan yang bernasib malang seperti Muliati? ( 3 markah )
4. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain berdasarkan keseluruhan cerpen ini. ( 4 markah )
5. Apakah maksud gaya bahasa personafikasi? Beri contoh gaya bahasa personafikasi yang terdapat dalam petikan di atas. (2 markah)
__________________________________________________________________

Latihan Pemahaman Cerpen 6:

Hujung minggu, aku, Kris dan Kristal sering menghabiskan masa di Barry Island, dua kilometer dari Bandar Cardiff. Bersenda gurau menikmati keindahan alam yang amat mempersonakan. Berkongsi tawa dan berderai gelak diiringi ciut beburung riang mengembangkan sayap sambil menaiki longflume (sejenis permainan berperahu). Seringnya aku bersama Kris. Dan Kristal hanya menjadi pemerhati yang setia, mengambil gambar-gambar kami.Penat berjalan, kami bertiga duduk bersantai di tepi Jambatan Pulteney di Bath, memerhatikan perahu yang mudik dan member makan itik-itik. Paling tidak pun, menyaksikan keindahan bunga-bunga tulip mekar berkembangan di Taman Roath. Alangkah indahnya waktu itu. Sesungguhnya saat itu amat manis, amat indah. Keindahan dan kemanisan itu tidak mungkin dapat kukongsikan bersama orang lain. Itulah yang bakal menemani sepiku, mengubat rinduku kepada tanah air, kepada keluarga.Entahlah! Meski mereka baik, namun antara kami masih ada jurang pemisah. Aku, Kris dan Kristal, masing-masing terikat pada adat resam masing-masing. Aku tidak mungkin akan mengikut mereka ke disko atau ke parti yang mereka anjurkan. Aku anak Timur yang dibesarkan berlandaskan ciri-ciri etika ketimuran yang murni dan unggul. Aku hidup berpegang pada ajaran agama yang luhur. Air mata mak sering kujadikan peringatan. Amanat abah tetap kuselit baik-baik.
(Petikan cerpen : Aku, Kris dan Kristal)
Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Apakah maksud rangkai kata "menemani sepiku" dalam petikan cerpen di atas? (2 markah )
2. Bagaimanakah hubungan di antara "aku", "Kris" dan "Kristal"? (3 markah)
3. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar kita lakukan bagi mengekalkan hubungan persahabatan agar sentiasa erat? ( 3 markah )
4. Huraikan 2 pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. (4 markah)
___________________________________________________________________

Latihan Pemahaman Cerpen 7:
Mak macam terpinga-pinga membiarkan kepergian Fuad. Mak tahu benar, anak bongsu mak yang bertubuh tinggi jangkung berkulit hitam manis itu, yang baru menjangkau usia 27 tahun, sangat tegas dan keras hati.Sehingga saat itu mak masih belum benar-benar mengerti apa sebenarnya yang telah terjadi. Apa yang mak ingat, mak serahkan geran tanah itu kepada Datuk Sukar. Apabila Datuk Sukar suruh mak turunkan cap jari atas sekeping kertas, mak turunkan saja. Mak tak tahu apa. Mak percaya benar terhadap kejujuran Datuk Sukar.Namun buat Fuad, telah diputuskan dalam hatinya, sejengkal tanahpun tidak akan dilepaskan, meskipun dibayar sejuta ringgit. Fuad merasa dirinya telah begitu dihina, seolah-olah dianggap macam sampah, macam daun kering; sedikit pun tak berharga untuk dibawa bermaufakat.Apa hal Datuk Sukar berbuat sesuka hatinya begitu?Fuad melangkah dengan rimas melalui lorong yang sempit itu. Tidak ada lampu yang menerangi jalan, kecuali tempias sinar dari rumah-rumah yang murung dan sepi.Apa hak Datuk Sukar untuk bermain kayu tiga begitu?Kini Fuad berdiri di tepi jalan raya, di bawah suluhan lampu jalan yang samar. Mulanya ingin saja Fuad naik bas untuk ke rumah Datuk Sukar. Tetapi setelah menunggu beberapa minit, Fuad pun menggamit sebuah beca yang kebetulan lalu di situ. Fuad tahu, pergi dengan beca akan memakan waktu. Tapi itu adalah lebih baik daripada terus tidak pergi.
(Petikan cerpen : Sebutir Pasir di Kaki)

Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri
1. Bagaimanakah reaksi dan sikap Fuad terhadap tindakan Datuk Sukar mengambil geran tanah milik keluarganya tanpa bermaufakat dengannya terlebih dahulu? (3 markah)
2. Pada pendapat anda, mengapakah masalah yang melibatkan penipuan hak milik tanah sering terjadi dalam kalangan masyarakat? (3 markah)
3. Jelaskan 2 pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan 1 pengajaran lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. (3 markah)
4. Apakah maksud gaya bahasa simile? Beri satu contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam petikan di atas. (2 markah)
___________________________________________________________________

Latihan Pemahaman Cerpen 8:
"Nen ada Tuk Juma, Nen ada Rinda," kata Jumari Jipan."Nen Cuma ada Tuk Juma. Nen nak ikut Tuk Juma. Kita .... Kita ikut Tuk Juma, ya Rinda?"Jumari Jipan tidak dapat dan tidak sanggup berhujah selepas itu. Segala-galanya tidak bererti pada waktu itu kerana memang nyata Deliah kini piatu. Dengan kematian Ripin, bererti seluruh keluarga anak itu sudah terkorban. Dan Deliah yang petah bercakap, mula kerap bercakap sendirian atau dengan kucingnya. Dan bila anak itu membawa bungkusan kecil dengan topi datuknya, Jumari Jipan lesu sendirian, apa lagi Rinda sengaja kelihatan pilu dan melelap-lelapkan matanya. Kini selain Rinda, nampaknya dirinya saja menjadi teman atau penjaga Deliah. Pilu menyeluruhi nadinya. Kebetulan memang dia sendiri pun tidak pernah mempunyai cucu, dan tidak mungkin mempunyainya, setelah dua orang anaknya mati muda. Sebelum botnya bergerak, Jumari Jipan sendiri melompat ke jeti dan cepat-cepat merangkul anak itu, dan melompat semula bersamanya di atas dek. Kemudian dia cepat-cepat melompat lagi mengambil Rinda yang sedang mengiau bimbang. Teman-teman kelasi menggeleng-geleng, tetapi mengerti. Jumari Jipan merenung mata belolok anak itu, lalu memeluknya seihsan hati sambil sama-sama menangis beberapa ketika. Dia membawa Deliah dengan rasa amat pilu dan bertambah bencinya terhadap perang.
(Petikan cerpen : Di Sisi Rinda)
Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Apakah maksud rangkai kata "pilu menyeluruhi nadinya" dalam petikan di atas? (2 markah)
2. Siapakah Deliah seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut? (3 markah)
3. Pada pendapat anda, apakah implikasi peperangan selain menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tidak berdosa? (3 markah)
4. Jelaskan 1 nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan 2 nilai kemanusiaan yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. (3 markah)___________________________________________________________________

Latihan Pemahaman Cerpen 9:
"Jangan pecah di mulut" katanya berulang kali."Mariah!"Mariah tersentak seperti tersentuh periuk panas."Apa hal, cikgu?" Mariah Berjaya memulihkan perasaannya. Buat pertama kali dalam beberapa minit dalam bilik itu, Mariah menatap wajah Cikgu Tini setepat-tepatnya."Cikgu jemput Mariah ke bilik ini bertujuan murni. Anggaplah pertemuan ini sebagai seorang kakak dengan adiknya."Kata-kata itu dirasakan oleh Mariah seperti kemasukan beberapa teguk air zamzam ke dalam kerongkong yang kehausan."Maksud cikgu?"Cikgu Tini mengambil sekeping kad berwarna merah jambu. Dia meletakkan kad itu di hadapannya. Dia merenung beberapa tulisan di atas kad itu beberapa saat."Cikgu lihat keputusan ujian Mariah bulan lalu cukup mengecewakan."Mariah tersedak. Cikgu telah memulakan satu perbicaraan mencari puncanya, fikirnya. Sekali lagi dia diduga sama ada belajar berbohong atau menentang kemungkaran itu. Sekali gus juga Mariah berasa dia dicabar supaya memaniskan kata-kata supaya cikgunya itu tidak berasa kecil hati.
(Petikan cerpen : Mariah)

Jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Apakah maksud rangkai kata "kemasukan beberapa teguk air zamzam ke dalam kerongkong yang kehausan" dalam petikan di atas? (2 markah)
2. Pada pendapat anda, mengapakah peranan guru kaunseling amat penting di sekolah? (4 markah)
3. Nyatakan satu persoalan dalam petikan di atas dan dua persoalan lain dalam


ASPEK SASTERA

SINOPSIS

1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 – 150 patah perkataan
2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

TEMA DAN PERSOALAN

1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
2. Persoalan bermaksud perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan sesuatu karya.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam
2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
3. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata atau watak-watak berkenaan.
4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik,protagonis dan antagonis.
5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaan dan ideologi serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
6. Watak pipih lazimnya tidak kompleks , tidak berkembang dan tidak memeranjatkan pembaca.
7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya dan fizikalnya.
8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan dan permasalahan dari awal hingga akhir.
9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan dan tidak bergerak.
10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
11. Watak protagonist ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah dan sebagainya.Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonist.

PLOT

1. Plot sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
3. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.Plot ialah penyusunan kronologi yang diubahsuai mengikut kemahuan pengarang.
4. Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan cerita secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
5. Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik
7. Peristiwa berkembang kepada pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

TEKNIK PLOT

1. Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
2. Antara teknik plot termasuklah;

(a) Imbas kembali
Merupakan satu teknik pengarang mengenang semula pernah yang berlalu. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman.

(b) Imbas muka
Merupakan cara pengarang memberi bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan.

(c) Saspens
Ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

(d) Konflik
Merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran

LATAR

1. Berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
2. Latar penting dalam mengembangkab tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan. Idea, plot dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
3. Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tamggungjawab watak, waktu dan sebagainya
4. Terdiri daripada empat jenis iaitu;

- Latar tempat
- Latar waktu atau masa
- Latar masyarakat atau citra masyarakat
- Latar peralatan cerita dan watak

NILAI

Antara contoh nilai ialah;
- Baik hati
- Berdikari
- Hemah tinggi
- Hormat menghormati
- Kasih sayang
- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian
- Kebersihan mental dan fizikal
- Kejujuran
- Kerajinan
- Kerjasama
- Kesederhanaan
- Kesyukuran
- Rasional
- Semangat bermasyarakat dan lain-lain yang bersesuaian

PENGAJARAN

1. Pengajaran ialah peringatan / pedoman / perutusan / amanat / mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca.
2. Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung. Jika nilai positif, mulakan dengan
- Kita hendaklah............
- Kita seharusnya........
Jika nilai negattif , mulakan jawapan dengan
- Kita jangan .....